Tuesday, January 1, 2013

Keputusan Penuh Mega Perdana 2012

Salam sejahtera.

Berikut merupakan keputusan penuh bagi peringkat akhir Mega Perdana 2012.


Kategori Wanita


Wahana Deksu - 374.625
Srikandi Tiara Widjaya - 360
Dwi Durrah - 335.125
Dang Anom - 330.375
Dania Aniqah - 292.25 (setelah dipotong 20 markah kerana tidak menepati had masa)


Juara Terbaik
Srikandi Tiara Widjaya
Wahana Deksu
Dang Anom

Karut Terbaik
Wahana Deksu
Dang Anom
Srikandi Tiara Widjaya / Dwi Durrah

Paluan Terbaik
Dwi Durrah
Wahana Deksu
Srikandi Tiara Widjaya

Awak-awak Terbaik
Wahana Deksu
Srikandi Tiara Widjaya / Dwi Durrah
Dang Anom

Senikata Terbaik
Wahana Deksu
Srikandi Tiara Widjaya
Dwi Durrah



************************


Kategori Lelaki


Kelana Purba - 397.375
Andika Kencana - 384.375 (setelah dipotong 20 markah kerana tidak menepati had masa)
Durbar Dua - 381.875
Putera Dewa - 375.375
Neng Nyno - 364
Andika - 359.875
Dendang Mutiara - 358
Wulan - 334.5 (setelah dipotong 20 markah kerana tidak menepati had masa)


Juara Terbaik
Putera Dewa (Pencalonan gugur akibat pertukaran individu)
Andika Kencana / Kelana Purba (Panel pengadil memilih Andika Kencana)
Neng Nyno


Karut Terbaik
Dendang Mutiara
Andika Kencana
Wulan


Paluan Terbaik
Andika Kencana (Pencalonan gugur akibat pertukaran individu)
Durbar Dua / Kelana Purba (Panel pengadil memilih Durbar Dua)
Andika / Neng Nyno


Awak-awak Terbaik
Putera Dewa
Kelana Purba / Durbar Dua
Neng Nyno


Senikata Terbaik
Andika Kencana
Kelana Purba
Andika



KATEGORI TERBUKA

Ciptaan Lagu Terbaik

Kelana Purba - Lagu Juara Peringkat Akhir
Putera Dewa - Lagu Juara Peringkat Akhir
Durbar Dua - Lagu Juara Peringkat Akhir



Terima kasih sekalung budi kepaa semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.

Bersua lagi di Mega Perdana 2014.



Yang menjalankan tugas,
Djohan A Rahman









Tuesday, November 6, 2012

Peringkat Akhir Mega Perdana 2012 dan Pesta Senandung Rakyat 2012

Salam sejahtera.


PERINGKAT AKHIR MEGA PERDANA 2012


1. Untuk makluman para peserta


Format pertandingan pada peringkat akhir adalah seperti berikut.

Setiap kumpulan wanita diminta melaporkan diri di Teater Kallang pada jam 3 petang. Pertandingan akan bermula pada jam 5.30 petang. Keputusan penuh bagi kategori wanita akan diumumkan sebelum waktu rehat (7 malam).



Setiap kumpulan lelaki diminta melaporkan diri di Teater Kallang pada jam 6 petang. Pertandingan akan bermula pada jam 7.30 malam.



Pada hari penghantaran senikata, setiap kumpulan diberi keutamaan untuk membeli dan memilih tempat duduk para penyokong kumpulan masing-masing. Tiada bentuk tempahan akan dilayan. Setiap kumpulan harus membayar jumlah penuh tiket yang ingin dibeli. Pembelian tiket berdasarkan sistem yang terdahulu akan didahulukan. Penjualan tiket kepada khalayak umum akan dibuka pada 15 Disember kelak.




2. Untuk makluman para penonton

Setiap penonton yang hadir diwajibkan membeli tiket yang dijual. Setiap tiket berharga $28. Pembelian tiket hanya akan dibuka kepada khalayak umum pada 15 Disember 2012 di Kelab Masyarakat Kampong Ubi dari jam 7 malam hingga 9 malam.

Anak kecil yang dibawah usia 7 tahun dibenarkan masuk dan  ibu/bapa dibenarkan memangku anak kecil itu. Namun, anak kecil yang berusia 7 tahun ke atas perlu membeli tiket untuk menyaksikan peringkat akhir Mega Perdana 2012.


a. Tiada bentuk kereta sorong untuk bayi dibenarkan masuk ke dalam dewan. Kami akan menyediakan bilik khas untuk menyimpan kereta sorong anda. Namun pengambilan semula apa jua barangan peribadi hanya boleh dilakukan 30 minit setelah tamatnya pertandingan setiap kategori.



Tidak dibenarkan masuk.




b. Sama dengan peraturan di Esplanade dan di Istana Budaya, tiada bentuk kamera DSLR atau alat perakam video akan dibenarkan masuk ke dalam dewan Teater Kallang. Kami akan menyediakan bilik khas untuk menyimpan kamera DSLR atau alat perakam video anda. Namun pengambilan semula apa jua barangan peribadi hanya boleh dilakukan 30 minit setelah tamatnya pertandingan setiap kategori.




Tidak dibenarkan masuk






Harap maklum.




PERTANDINGAN DIKIR BARAT PESTA SENANDUNG RAKYAT 2012

Pertandingan ini khusus dibuka kepada kumpulan-kumpulan dikir barat yang menyertai pertandingan siri Mega Perdana 2012. Namun, terdapat kumpulan-kumpulan lain yang ingin mengambil bahagian. Oleh yang sedemikian, pertandingan ini dibuka kepada semua kumpulan yang berhajat untuk turut serta. Namun, kumpulan yang berdaftar dalam pertandingan Mega Perdana 2012 akan diberi kelebihan dari sudut permarkahan. Maklumat lanjut akan diterangkan di majlis taklimat kelak.

Format pertandingan serupa dengan format yang dapat dilihat dalam persembahan Peringkat Akhir Mega Perdana 2010.


Sejauh ini, kumpulan-kumpulan yang menampakkan minat untuk mengambil bahagian ialah:

1. Chuchudato'merah (MP2012)
2. Si Anak Seni (MP2012)
3. Panjy (MP2012)
4. Yenbo Je
5. Dewa Je
6. Rajawali
7. Paduka
8. Sri Kelewek


Kami mengalu-alukan kumpulan-kumpulan lain untuk turut serta. Format pertandingan adalah seperti berikut.

a. 11 minit persembahan berdasarkan tema.
b. 4 - 7 minit persembahan spontan berdasarkan tema yang diberi pada masa itu juga.

Penjelasan tentang format ini akan dilakukan pada majlis taklimat kelak.


Majlis taklimat akan diadakan pada hari Isnin, 12 November 2012 jam 8 malam (hari gaji pekerja sektor awam). Harap bawa $20 setiap kumpulan untuk mendaftar dan mencabut nombor urutan bagi persembahan kumpulan masing-masing.

Pertandingan akan berlangsung di Kelab Masyarakat Potong Pasir pada 6 Januari, jam 2 petang.


Bagi kumpulan yang berminat untuk turut serta, anda boleh menghubungi Sdr Djohan dengan menghantar SMS di talian 90408528.



Harap maklum.



Yang menjalankan tugas,
Djohan A Rahman


Tuesday, October 30, 2012

Tema Peringkat Akhir MP2012, Isu Rakaman Video dan PSR 2012

Salam sejahtera.


Tema Mega Perdana 2012

Berikut merupakan tema bagi peringkat akhir Mega Perdana 2012:


'Apa guna kepuk di ladang,
jikalau tidak berisi padi; ...'


Setiap kumpulan diminta melengkapkan pantun yang diberi,
sama ada mengikut maksud pantun asal, ataupun meghasilkan
maksud pantun yang tersendiri.




Isu rakaman video

Peringkat akhir Mega Perdana 2012 akan berlangsung di Teater Kallang. Para penonton boleh memilih sendiri tempat duduk yang dinginkan.

Namun, tiada bentuk kamera DSLR dan alat perakam video akan dibenarkan masuk ke dalam ruang teater. Sesiapa yang membawa kamera DSLR atau alat perakam video, akan diminta menyerahkan alat itu di pintu masuk teater, dan alat itu akan disimpan di bilik khas yang ada tersedia di sana. Para penonton boleh mengambilnya semula selepas tamat persembahan, atau sekiranya diambil keputusan untuk pulang awal.

Harap maklum.



Pesta Senandung Rakyat 2012 (PSR 2012)

Sejauh ini, terdapat 4 kumpulan yang menampakkan minat untuk bertanding.

1. Panjy
2. CDM
3. Makyong Kedek
4. Yenbo Je


Sekiranya kami mendapat 10 kumpulan, majlis taklimat akan dijalankan secepat mungkin.


yang menjalankan tugas
Djohan A Rahman


Monday, October 29, 2012

Keputusan Peringkat Separuh Akhir Mega Perdana 2012

Salam sejahtera.

Peringkat Separuh Akhir Mega Perdana 2012 telah berjaya dijalankan semalam di Kelab Masyarakat Potong Pasir. Berikut merupakan keputusan berdasarkan pengiraan markah.




Kategori Wanita

Dwi Durrah 365
Srikandi Tiara Widjaya 358.75
Wahana Deksu 348.75
Dang Anom 317.5
Dania Aniqah 317
Chinta 307.75
Endang 284.25
Semarah Tun Teja 283.25 (setelah dipotong 10 markah kerana lewat menghantar senikata)


Tok Juara
Srikandi Tiara Widjaya
Dwi Durrah
Wahana Deksu


Tukang Karut
Wahana Deksu
Dwi Durrah
Dang Anom


Paluan
Wahana Deksu
Srikandi Tiara Widjaya
Dania Aniqah


Awak-awak
Dwi Durrah
Wahana Deksu
Srikandi Tiara Widjaya


Senikata
Dwi Durrah
Semarak Tun Teja
Srikandi Tiara Widjaya






Kategori Lelaki

Durbar Dua 390.125
Andika Kencana 390
Wulan 378.75
Putera Dewa 376.625
Andika 374.5
Kelana Purba 371.5
Neng Nyno 369
Dendang Mutiara 346
Chuchudato'merah 333.25 (setelah ditolak 20 markah kerana melampaui had masa)
Si Anak Seni 278 (setelah ditolak 20 markah kerana melampaui had masa dan ditolak 10 markah kerana melanggar peraturan pertandingan)


Tok Juara
Kelana Purba
Andika Kencana
Wulan


Tukang Karut
Wulan
Andika Kencana
Andika


Paluan
Andika Kencana
Durbar Dua
Putera Dewa


Awak-awak
Durbar Dua
Kelana Purba
Putera Dewa



Senikata
Andika
Andika Kencana
Durbar Dua



Senikata harus dihantar pada 1 Disember 2012 di kolong Blok 221
Yishun St 21 dari jam 1 tengah hari hingga jam 3 petang.

Setiap kumpulan perlu memberi 5 salinan senikata kepada pihak GABUNGAN. Setiap kumpulan juga diwajibkan membeli 25 tiket peringkat akhir Mega Perdana 2012. Setiap tiket berharga $28. Penempahan tempat duduk adalah berdasarkan sistem yang dahulu akan didahulukan.

Berikut pula ialah urutan persembahan di peringkat akhir Mega Perdana 2012.


Kategori Wanita

1. Srikandi Tiara Widjaya
2. Dania Aniqah
3. Dang Anom
4. Wahana Deksu
5. Dwi Durrah



Kategori Lelaki

1. Dendang Mutiara
2. Putera Dewa
3. Andika
4. Andika Kencana
5. Neng Nyno
6. Wulan
7. Kelana Purba
8. Durbar Dua




Setiap kumpulan akan diberikan keutamaan dalam proses penempahan tiket. Setelah tarikh penghantaran senikata, khalayak umum akan dibenarkan membuat pilihan ketika membeli tiket.



Harap maklum.



Yang menjalankan tugas,
Djohan A Rahman



PS
Pertandingan Dikir Barat Pesta Senandung Rakyat ingin mengundang kumpulan-kumpulan yang tidak berjaya ke peringkat akhir untuk memasuki pertandingan dikir barat tersebut. Diharapkan wakil kumpulan dapat menghubungi Sdr Djohan di talian 90408528 sekiranya berminat. Hanya jika terdapat penyertaan kumpulan yang memberangsangkan barulah pertandingan ini akan dijalankan.

Kami ingin mengundang:

1. Chinta
2. Endang
3. Semarak Tun Teja
4. Fantasia
5. Keris
6. Si Anak Seni
7. ChuchuDato'Merah
8. Panjy


Kumpulan-kumpulan ini akan diberikan kelebihan dalam pertandingan ini. Penglibatan ahli bukan Melayu tidak diwajibkan. Kumpulan-kumpulan lain juga dipelawa untuk turut serta. Kumpulan yang menampakkan minat sejauh ini ialah:

A) Rajawali


Harap dapat menghubungi Saudara Djohan agar majlis taklimat dapat dijalankan segera.
Pertandingan ini akan dijalankan pada 6 Januari 2013.


















Tuesday, October 16, 2012

Peringkat Separuh Akhir Mega Perdana 2012

Salam sejahtera.

Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai pertandingan dikir barat Peringkat Separuh Akhir Mega Perdana 2012:


Tarikh: 28 Oktober 2012
Masa: 1 tengah hari
Lokasi: Kelab Masyarakat Potong Pasir
Tiket: $12 (baki tinggal 197 tiket sahaja)


Berikut pula merupakan waktu laporan bagi kumpulan-kumpulan yang bertanding mengikut urutan persembahan.

12pm 
a)  Dang Anom
b) Srikandi Tiara Widjaya
c) Wahana Deksu
d) Dania Aniqah


1.30pm
e) Endang
f) Dwi Durrah
g) Semarak Tun Teja
h) Chinta


(Waktu rehat)


3pm
i) Wulan
ii) Neng Nyno
iii) Durbar Dua
iv) Putera Dewa


4.15pm
v) Dendang Mutiara
vi) Si Anak Seni
vii) Andika Kencana
viii) Chuchudato'merah


5pm
ix) Andika
x) Kelana Purba





Tema peringkat separuh akhir:

Pendayung Sama Di Tangan
Perahu Sama di Air

Taklimat bagi Peringkat Akhir Mega Perdana 2012 akan dijalankan 30 minit selepas keputusan diumumkan.


NOTA 

Pertandingan Dikir Barat Pesta Senandung Rakyat 2012.

Pertandingan ini dibuka untuk kumpulan-kumpulan yang mendaftar untuk turut serta dalam pertandingan Mega Perdana 2012, namun tidak layak ke peringkat akhir. Namun, kumpulan-kumpulan lain yang tidak layak ke peringkat akhir Mega Perdana 2012 juga dipelawa untuk turut serta, namun kelebihan mata akan diberi kepada mereka yang berdaftar untuk pertandingan Mega Perdana 2012. Hal ini akan diterangkan pada majlis taklimat kelak.

Hadiah bagi pemenang (kategori kumpulan):

Tempat pertama: $1000.00 berserta trofi
Tempat kedua: $600 berserta trofi
Tempat Ketiga: $400 berserta trofi

Sejauh ini, kami mengundang kumpulan-kumpulan berikut untuk turut bertanding.

1) Keris
2) Fantasia
3) Panjy


yang menjalankan tugas,
Djohan A Rahman

Tuesday, October 2, 2012

Tema Bagi Kategori Lelaki




Salam hormat.
 
Yang berikut ialah tema pertandingan bagi peringkat saringan untuk kategori lelaki.
 
Tema:  Pengayuh sama di tangan; perahu sama di air.
 
Makna:
(a) Jika kedua-dua sama hajatnya, haruslah diperjuangkan terus supaya tentu siapa yang mendapat;
(b) Janganlah gentar melawan orang yang setara dengan dengan kita kerana nasib kita di tangan Allah
(Kamus Dewan, Edisi Ketiga)
 
 
Harap maklum peribahasa ini berbeza dengan “pendayung sudah di tangan; perahu sudah di air” yang membawa maksud “sudah bersiap sedia.”
 
Maaf atas sebarang kekeliruan.
 


Terima kasih.
 
R Azmann


Keputusan Peringkat Saringan Mega Perdana 2012

Salam sejahtera.


Peringkat Saringan Mega Perdana 2012 telah berjaya dijalankan dengan sempurna pada 30 September 2012 yang lalu di Kelab Masyarakat Jurong Green. Sebanyak 13 kumpulan telah mengambil bahagian. Berikut merupakan keputusan bagi peringkat saringan Mega Perdana 2012.


1) Keris - 318 markah
2) Panjy - 298.5 markah
3) Fantasia - 319.5 markah
4) Durbar Dua - 356 markah
5) Andika - 347 markah
6) Neng Nyno - 354 markah
7) Andika Kencana - 376.5 markah
8) Dendang Mutiara - 337 markah
9) Chuchudato'merah - 346 markah
10) Si Anak Seni - 322.5 markah
11) Kelana Purba - 374.5 markah
12) Wulan - 355.5 markah
13) Putera Dewa - 368.5 markah



Pada peringkat Separuh Akhir Mega Perdana 2012, hanya 10 kumpulan yang layak bertanding berdasarkan keputusan peringkat Saringan Mega Perdana 2012.

Berikut pula merupakan keputusan tiga calon terbaik bagi setiap kategori yang dipertandingkan.


Tok Juara
1) Putera Dewa
2) Kelana Purba
3) Andika Kencana



Tukang Karut
1) Andika Kencana
2) Chuchudato'merah
3) Wulan



Paluan
1) Durbar Dua
2) Kelana Purba dan Putera Dewa
3) Wulan



Awak-awak
1) Durbar Dua dan Putera Dewa
2) Kelana Purba
3) Wulan



Senikata
1) Andika Kencana
2) Andika
3) Neng Nyno



Berikut pula merupakan urutan persembahan peringkat Separuh Akhir Mega Perdana 2012 bagi kategori lelaki.



1) Wulan
2) Neng Nyno
3) Durbar Dua
4) Putera Dewa
5) Dendang Mutiara
6) Si Anak Seni
7) Andika Kencana
8) Chuchudato'merah
9) Andika
10) Kelana Purba



Waktu laporan bagi kumpulan-kumpulan lelaki dan wanita akan dimaklumkan setelah senikata persembahan dihantar kepada pihak penganjur pada tanggal 13 Oktober 2012, dari jam 8 malam sehingga 9 malam di Kelab Masyarakat Kg Ubi.


Terima kasih sekali lagi.




yang menjalankan tugas,
Djohan A Rahman





      seni untuk rakyat