Tuesday, September 4, 2012

Peringkat Saringan Mega Perdana 2012

Salam hormat kepada semua.

Seperti yang dimaklumkan, peringkat saringan bagi Mega Perdana 2012 akan dijalankan di Kelab Masyarakat Jurong Green pada 30 September 2012 pada jam 4 petang tepat.

Oleh yang sedemikian, berikut merupakan waktu laporan bagi kumpulan-kumpulan yang bertanding.



Lapor pada jam 3 petang

1. Keris
2. Panjy

3. Fantasia
4. Durbar Dua
5. Andika


Lapor pada jam 4.30 petang
6. Neng Nyno
7. Andika Kencana
8. Dendang Mutiara
9. ChuchuDato'Merah


Lapor pada jam 5.45 petang
10. Si Anak Seni
11. Kelana Purba
12. Wulan
13. Putera Dewa






Tiket-tiket pertandingan masih boleh didapati pada hari pertandingan, bergantung kepada jumlah baki tiket. Anda digalakkan untuk membeli tiket itu seawal mungkin supaya tidak kehampaan. Harap berhubungan dengan AJK Gabungan untuk mendapatkan tiket-tiket anda.


Hanya 10 kumpulan yang akan layak ke peringkat separuh akhir.
Tema bagi peringkat separuh akhir adalah seperti yang berikut:


Pendayung sama di tangan
Perahu sama di air



Maklumat tentang penghantaran senikata akan dimaklumkan kelak pada majlis taklimat selepas peringkat saringan.


Borang bagi Pertandingan Dikir Barat Piala Cendekia Dikir yang khusus kepada kumpulan-kumpulan yang menyertai pertandingan Mega Perdana namun tidak berjaya ke peringkat akhir akan diedarkan pada hari itu.


Harap maklum.


Yang menjalankan tugas,
Djohan A Rahman