Tuesday, November 6, 2012

Peringkat Akhir Mega Perdana 2012 dan Pesta Senandung Rakyat 2012

Salam sejahtera.


PERINGKAT AKHIR MEGA PERDANA 2012


1. Untuk makluman para peserta


Format pertandingan pada peringkat akhir adalah seperti berikut.

Setiap kumpulan wanita diminta melaporkan diri di Teater Kallang pada jam 3 petang. Pertandingan akan bermula pada jam 5.30 petang. Keputusan penuh bagi kategori wanita akan diumumkan sebelum waktu rehat (7 malam).



Setiap kumpulan lelaki diminta melaporkan diri di Teater Kallang pada jam 6 petang. Pertandingan akan bermula pada jam 7.30 malam.



Pada hari penghantaran senikata, setiap kumpulan diberi keutamaan untuk membeli dan memilih tempat duduk para penyokong kumpulan masing-masing. Tiada bentuk tempahan akan dilayan. Setiap kumpulan harus membayar jumlah penuh tiket yang ingin dibeli. Pembelian tiket berdasarkan sistem yang terdahulu akan didahulukan. Penjualan tiket kepada khalayak umum akan dibuka pada 15 Disember kelak.




2. Untuk makluman para penonton

Setiap penonton yang hadir diwajibkan membeli tiket yang dijual. Setiap tiket berharga $28. Pembelian tiket hanya akan dibuka kepada khalayak umum pada 15 Disember 2012 di Kelab Masyarakat Kampong Ubi dari jam 7 malam hingga 9 malam.

Anak kecil yang dibawah usia 7 tahun dibenarkan masuk dan  ibu/bapa dibenarkan memangku anak kecil itu. Namun, anak kecil yang berusia 7 tahun ke atas perlu membeli tiket untuk menyaksikan peringkat akhir Mega Perdana 2012.


a. Tiada bentuk kereta sorong untuk bayi dibenarkan masuk ke dalam dewan. Kami akan menyediakan bilik khas untuk menyimpan kereta sorong anda. Namun pengambilan semula apa jua barangan peribadi hanya boleh dilakukan 30 minit setelah tamatnya pertandingan setiap kategori.



Tidak dibenarkan masuk.




b. Sama dengan peraturan di Esplanade dan di Istana Budaya, tiada bentuk kamera DSLR atau alat perakam video akan dibenarkan masuk ke dalam dewan Teater Kallang. Kami akan menyediakan bilik khas untuk menyimpan kamera DSLR atau alat perakam video anda. Namun pengambilan semula apa jua barangan peribadi hanya boleh dilakukan 30 minit setelah tamatnya pertandingan setiap kategori.




Tidak dibenarkan masuk






Harap maklum.




PERTANDINGAN DIKIR BARAT PESTA SENANDUNG RAKYAT 2012

Pertandingan ini khusus dibuka kepada kumpulan-kumpulan dikir barat yang menyertai pertandingan siri Mega Perdana 2012. Namun, terdapat kumpulan-kumpulan lain yang ingin mengambil bahagian. Oleh yang sedemikian, pertandingan ini dibuka kepada semua kumpulan yang berhajat untuk turut serta. Namun, kumpulan yang berdaftar dalam pertandingan Mega Perdana 2012 akan diberi kelebihan dari sudut permarkahan. Maklumat lanjut akan diterangkan di majlis taklimat kelak.

Format pertandingan serupa dengan format yang dapat dilihat dalam persembahan Peringkat Akhir Mega Perdana 2010.


Sejauh ini, kumpulan-kumpulan yang menampakkan minat untuk mengambil bahagian ialah:

1. Chuchudato'merah (MP2012)
2. Si Anak Seni (MP2012)
3. Panjy (MP2012)
4. Yenbo Je
5. Dewa Je
6. Rajawali
7. Paduka
8. Sri Kelewek


Kami mengalu-alukan kumpulan-kumpulan lain untuk turut serta. Format pertandingan adalah seperti berikut.

a. 11 minit persembahan berdasarkan tema.
b. 4 - 7 minit persembahan spontan berdasarkan tema yang diberi pada masa itu juga.

Penjelasan tentang format ini akan dilakukan pada majlis taklimat kelak.


Majlis taklimat akan diadakan pada hari Isnin, 12 November 2012 jam 8 malam (hari gaji pekerja sektor awam). Harap bawa $20 setiap kumpulan untuk mendaftar dan mencabut nombor urutan bagi persembahan kumpulan masing-masing.

Pertandingan akan berlangsung di Kelab Masyarakat Potong Pasir pada 6 Januari, jam 2 petang.


Bagi kumpulan yang berminat untuk turut serta, anda boleh menghubungi Sdr Djohan dengan menghantar SMS di talian 90408528.



Harap maklum.



Yang menjalankan tugas,
Djohan A Rahman


No comments:

Post a Comment