Tuesday, October 30, 2012

Tema Peringkat Akhir MP2012, Isu Rakaman Video dan PSR 2012

Salam sejahtera.


Tema Mega Perdana 2012

Berikut merupakan tema bagi peringkat akhir Mega Perdana 2012:


'Apa guna kepuk di ladang,
jikalau tidak berisi padi; ...'


Setiap kumpulan diminta melengkapkan pantun yang diberi,
sama ada mengikut maksud pantun asal, ataupun meghasilkan
maksud pantun yang tersendiri.




Isu rakaman video

Peringkat akhir Mega Perdana 2012 akan berlangsung di Teater Kallang. Para penonton boleh memilih sendiri tempat duduk yang dinginkan.

Namun, tiada bentuk kamera DSLR dan alat perakam video akan dibenarkan masuk ke dalam ruang teater. Sesiapa yang membawa kamera DSLR atau alat perakam video, akan diminta menyerahkan alat itu di pintu masuk teater, dan alat itu akan disimpan di bilik khas yang ada tersedia di sana. Para penonton boleh mengambilnya semula selepas tamat persembahan, atau sekiranya diambil keputusan untuk pulang awal.

Harap maklum.



Pesta Senandung Rakyat 2012 (PSR 2012)

Sejauh ini, terdapat 4 kumpulan yang menampakkan minat untuk bertanding.

1. Panjy
2. CDM
3. Makyong Kedek
4. Yenbo Je


Sekiranya kami mendapat 10 kumpulan, majlis taklimat akan dijalankan secepat mungkin.


yang menjalankan tugas
Djohan A Rahman


No comments:

Post a Comment